Tuesday, January 20, 2009

DEMO KELAB DEBAT 2009 SATU INSPIRASI

DUNIA SUDAH TIDAK PERLUKAN KUASA VETO

Tajuk yang memerlukan satu analisa yang luas merangkumi pelbagai aspek. Selaku meja perwakilan sidang kerajaan, alhamdulillah tidak menyukarkan gerak kerja berpasukan ana dalam menilai dan melontar takrifan hujah yang bernas kepada pihak lawan. Alur perdebatan yang cukup panas dengan kebangkitan dan ransangan hujah dari pihak lawan dengan mainan fakta mereka manakala sidang kerajaan bangkit mengemukakan hujah bersandarkan elemen isu-isu semasa yang menghangatkan arena perkembangan dunia politik dunia kini. Namun apa-apa pun Debat Awam yang di'anjurkan oleh hal ehwal pelajar kampus ana satu perkembangan yang positif kerana inilah satu-satubya wadah atau saluran bagi menyampaikan informasi kepada pelajar berteraskan pandangan tersendiri pelajar itu sendiri.

Secara relevannya, kuasa veto ada kepentingan kepada dunia, namun dengan krirsis pergolakan dunia politik sekarang seakan-akan memberi satu penolakan dan penidakkan dari dunia bahawa kuasa veto tidak di perlukan lagi kerana negara yang mempunyai kuasa veto itu sudah kurang diyakini dan diragui akan kemampuannya dan fokusnya sebagai negara pemegang kuasa veto.
Negara yang mendapat mandat kuasa veto ini, mengeruhkan reputasi dalam PBB meski mereka seharusnya mengikut alur Piagam PBB namun disebabkan sifat individualism dan pendominasiaan kuasa maka ini yang memberi impak negatif, menggugat dan mengganggu sensitivi semua negara.

Jika di analisa lagi dan di senaraikan mengapa kuasa veto sudah tidak di perlukan menuntut kita memacu pemikiran ke arah yang kritikal dan global. Namun setiap ulasan dan ideaberdasarkan satu pemikiran yang kreatif bagi setiap individu yang meminati mengkaji, membaca, analisa dan menulis dan mungkin melontarkan pendapat pada khalayak. Justeru setiap orang ada kemampuan, kebolehan dan keistimewaan tersendiri atas dasar dan sebab apa? Maka jawapannya dalah satu iaitu itulah NIKMAT DARI ALLAH SWT.

Thursday, January 15, 2009

SENYUMLAH

15 Januari 2009
21:58pm
Kolej seri serapi


Salam,
Ana kepenatan seharian. Dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, namun berbekalkan kudrat yang ada ana gagahi diri seorang wanita yang kerdil ini untuk melaksanakan tanggungjawab ana sepanjang minggu kuliah kali ini.

Ingin ana kongsi sepintas lalu akan perjalanan ana sepanjang minggu kulian ana. Minggu ni warga kampus ana sibuk bercerita sana sini akan perjalanan Pilihan Raya Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar 2009.. ana turut tak terlepas dengan isu liar yang menjalar di kampus ana sepanjang minggu ini. Ramai calon-calon keluar dengan manisfesto masing-masing namun apa yang ingin ana pertikaikan bukan hanya manifesto yang kami inginkan dari bakal wakil suara-suara pelaja di kampus namun kami Cuma inginkan kebajikan kami sebagai siswa dan siswi terjaga.

Kebajikan yang bagaimana? Persekitaran dan kemudahan pelajar dalam menjalani pembelajaran di kampus yang selesa dan teratur. Yang di kesali kebanyakan manifesto yang dijaja hanya sekadar janji manismu dan janji tinggal janji yang hanya sekadar umpan untuk memancing undi. Itulah senario perwakilan yang kononnya ingin menjadi wakil suara siswa siswi dewasa ini. Bagaimana kemajuan pelajar mampu di sandarkan jika ini hakikatnya yang berlaku. Moga petanda dan petunjuk kemenangan calon-calon yang telah bertanding pada hari ini mampu merubah dan memacu kemajuan kepada pembaharuan kepada arus perdana siswa siswi kita.


Pada hari ini juga ana agak sedikit teruja dalam keadaan yang becampur baur tatkala ana mendapat titipan keputusan dari pihak atasan dalam memberi beban sekaligus garapan penuh harapan dan kepercayaan sekali lagi untuk ana mewakili kampus ana ke Shah Alam untuk menjalani latihan pusat sebagai persiapan sebelum menjelangnya Debat Astar di Universiti Malaya. Gentar sungguh hati ini. Meski mempunyai pengalaman yang lebih tinggi dengan pencapaian yang memberangsangkan namun ana masih di amuk rasa malu dan segan kerana apalah kemampuan ana jika di bandingkan dengan pendebat yang lebih jauh perjalanan, pencapaian dan pengalaman mereka dalam lapangan debat jika di bandingkan dengan diri ana yang masih lagi umpama kanak-kanak yang baru pandai berjalan. Alhamdulillah, syukur pada allah swt atas nikmat kelebihan yang di kurniakan kepada ana. Moga ana tidak menjadi hambaNYA yang kufur nikmat. insyaAllah.

Sebagai renungan kita bersama ana akhiri pena kali ini dengan sebuah petikan yang jadi panduan dan peringatan kepada kita :

“Di celah-celah badai kesukaran pasti ada kesenangan selepas kesusahan, pasti ada kegembiraan selepas kesedihan dan pasti ada kejayaan selepas kegagalan. Jiwa-jiwa yang gelisah akan panik menghadapi kesusahan manakala jiwa-jiwa yang senyum mengatasi kesusahan dengan mudah. Maka TERSENYUMLAH….” Dr ‘Aidh Abdullah Al Qarni

BINGKISAN NURANI

Bisikan Hati Bernama Solehah

Bismillahirahmanirahim
Salam penuh tautan kasih sayang sesame kita yang masih lagi di beri kesempatan bernaung di bawah bumbung bumi Allah swt.

Ya Allah, syukur yang tak terkira atas segala nikmatMu. Akan tetapi Ya Allah amat mudahnya hamba-Mu ini melanggar segala peraturan ketatapan MU Ya Allah, dan mudahnya jalan hambaMU ini melangkah ke arah kemurkaan MU YA Allah.

Hamba takut Ya Allah, akan segala macam pembalasan yang bakal ENGKAU sajikan atas kekufuran hamba-hamba MU Ya Allah…

Ya Allah… kepadaMU hamba berserah dan memohon pengharapan rahmat dan kasih sayang Mu….


Relung-relung hati ini sentiasa berdetak
Masih adakah lagi wanita setulus seperti Khadijah
Luhur hatinya berkongsi penderitaan insan yang brenama suami
Di kala senang, dia di situ
Di kala derita, dia tetap di situ
Cintanya suci dan sejati
Hanya untuk Allah dan RasulNya
Akan tetapi Ya Allah..
Masih adakah lagi jaluran keikhlasan, kekuatan,ketabhan, keberaniaan dan pengorbanan Khadijah meresap ke dalam IMAN dan JIWA hambaMu yang kerdil ini Ya Allah…

Kakuatan hati hamba mana mungkin seutuh dan sekudus
Wanita bernama Rabiatul Adawiyah
Adakah daya dan detik-detik waktu untuk hamba mencar ketaatan dan berserah sepenuhnya pada pencipta
Dalam mendamba keredhaan dan cinta ilahi


Tazkirah diri
ﻭﻤﻦ ﻳﻌﻤﻞ ﺴﻮﺀﺍ ﺃﻮﻳﻅﻟﻢ ﻧﻓﺳﻪ ﺛﻢﻴﺳﺗﻐﻓﺭﺍﻟﻠﻪ ﻳﺠﺩ ﺍﻠﻟﻪ ﻏﻓﻭﺭﺍ ﺭﺤﻳﻣﺎ
(Surah An-Nisaa’ : 110)

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada ALLAH, niscaya ia mendapati ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


MU’AHADAH:
Menguatkan perjanjian dengan ALLAH SWT.

MURAQABAH:
Merasakan ALLAH SWT sentiasa melihat walau dalam keadaan bagaimanapun.

MUHASABAH:
Menghitung diri.

MUAQABAH:
Mengambil tindakan ke atas diri kerana kecuaiannya.

MUJAHADAH:
Melawan kehendak diri dan nafsu.

“Barangsiapa belajar tetapi ilmunya tidak dapat meningkatkan imannya,maka sia-sialah hidupnya kerana ilmu itu kepunyaan ALLAH SWT.”

“Wahai manusia,usahlah mencanang kesusahan yang telah ALLAH SWT berikan padamu kerana tindakanmu itu hanya menunjukkan betapa engkau tidak redho dengan ujian tersebut. Jika kamu beriman………”

“Jangan berdoa seolah-olah ALLAH SWT KEDEKUT.”


"Tuhan apalah ertinya aku cintakan syurga-Mu
pada hal hatiku tidak mencintai-Mu
Apalah ertinya aku takutkan neraka-Mu
sedangkan hatiku tidak takut dengan-Mu Tuhan!
Hidayah-Mu yang kupinta Taufiq-Mu yang aku mahu Selamatkanlah aku Tuhan!
Peliharalah aku
Pimpinlah aku ke jalan keselamatan
Engkau adalah Tuhanku,pelindungku.
amin ya rabbal'alamin.... “

Saturday, January 10, 2009

RINTIHAN MUSLIMAH


10 jan 2009

sabtu 21:49pm


Tatkala mendengar atau terdengar kalimah rintihan muslimah pastinya terdetik dihati setiap kaum adam akan kelemahan jiwa muslimah, goyahnya pendirian muslimah dan pelbagai cernaan negatif yang terpacul di minda.


sedarilah wahai anak2 adam rinrihan muslimah la membuat Adam terkejut dari buaian lena dan terus kuat mendepani misi visi tanggungjawab Adam sejati. Rintihan muslimah juga menguak pintu ego Adam dan kerana dek rintihan muslimah juga Adam mampu merubah segalanya. begitulah kuatnyaikatan rintihan muslimah di hati Adam.


Pada detik ini ana ingin berkongsi cerita akan suatu kisah yang sering bermaharajalela dewasa ini. Suatu kisah yang tiada penghujung sejak berkurun lama. Namun itulah hakikat yang perlu kita telan dan hadapi. terutamanya MUSLIMAH. Dengarlah Rintihan Muslimah...


couple & cinta


Lelaki??

hmm ya lelaki... itulah mukadimah muslimah kali ini berkisar tentang lelaki.

Alangkah rendahnya martabat lelaki tanpa secebis tanggungjawab dan alangkah rapuhnya kepimpinan lelaki tanpa keberaniaan dan keadilan.

Seorang wanita yang mendamba kasih seorang lelaki, mengharap perlindungan, menuntut kepercayaan, meminta penuh pengharapan dan memgidamkan seorang bakal suami yang mampu menuntun jalan ke arah Redho-NYa.

Namun di manakah lelaki2 ini yang menjadi pengharapan kepada sekalian muslimah yang merintih di luar sana......


Pernah terjadinya perjalanan seorang muslimah yang mengharap penuh pengharapan agar sebuah perasaan kasih dan sayang yang berputik di hati berakhir dengan ikatan suci, dengan kalimah akad bawah rahmat NYA, namun hanya bagai angin lalu yang melintasi tanpa sapaan yang memberi satu jawapan yang pasti.


Adam, megah berdiri mendepani hari muka dengan agenda yang penuh dengan perjuangan. Perjuangan yang tak berkesudahan. Perjuangan yang penuh pengorbanan dan perjuangan yang menuntut keberanian. Andai begitulah peribadi Adam dalam perhubungan pastinya, rintihan muslimah tidak kedengaran.


Muslimah terkontang kanting mencari sinar jawapan. Habis madu sepah di buang. Alangkah malangnya kau muslimah, adam yang kau angkat dan julang peribadinya mencantas segala kepercayaanmu lantaran kau di biarkan kelayuan di bumi gersang berbumbungkan langit yang setia menemanimu.


Adam,inikah lambang seorang pejuang yang agung apabila menzalimi jiwa wanita. Adam, tersenyum megahnya engkau tatkala segalanya kau ragut. Adam, sinisnya engkau tatkala sayup2 rinrihan muslimah berkumandang. Adam, mendabik dadanya dirimu tatkala kelakianmu sudah kau lunaskan. Owh adam belum lagi dirimu ku iktiraf sebagai pejuangan selagi mana dirimu melunaskankan tanggungjawabmu.


Adam, ramai2nya generasi baru yang subur membiak juga dengan acuanmu Adam. Pejuang yang agung gentar dan takut akan suburnya generasi baru tanpa pembelaan yang sewajaranya. Pembelaan itu adalah kebertanggungjawaban mu Adam. Tetapi tatkala ia telah kau depani, kau biarkan terus RINTIHAN MUSLIMAH hingar di luar sana dengan generasi baru yang telah kau cambahkan dalam diri muslimah yang kering madunya. Dan di luar sana jua kau laungkan kebenciaan pada generasi baru yang tak bernakhoda. masakan ia tak bernakhoda Adam, kerana engkaulah nakhoda yang generasi baru ini pohon pengharapan dan pengertian serta pembelaan. Maka bergemalah lagi RINTIHAN MUSLIMAH keranamu ADam....


LUNASKAN TANGGUNGJAWABMU ADAM SEBELUM DIRIMU INGIN BERJUANG. TAK BERMAKNA PERJUANGANMU ADAM JIKA SATU2NYA HAL YANG SEKECILNYA BELUM MAMPU KAU ATASI DAN DEPANI... RINTIH DAN TERUS MERINTIH..

ADAM MENGERTILAH...


Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusukAdam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sangkumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbanguntuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbanglantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidukeharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekagumankepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dankeindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelakidan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berhargajika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata ygdidedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalambekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihatsesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah.


Wanita solehah ygpatuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannyaadalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukanpengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsuserakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis ygengkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akanmemudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkaumiliki azam, usaha dan istiqamah..


Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainyapakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai ygdapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu


"tidakada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatkuterhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita."


Oleh itugadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran danAs-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untukkepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmusetaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid danmujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.


Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrahsemulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas keranacinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalahkerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruahtergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagianbesarnya kerana cinta.


Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,"Sesungguhnya cinta itu buta."


Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimudalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta ituatas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkaumendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unikitu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian darisetittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan ygsempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkanrasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cintadan kasihmu terhadap penciptamu.


Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalahcinta yg hakiki dan abadi...


ADAM MENGERTILAH...

khususan ila muslimin : Leraikan rintihan muslimah







Friday, January 9, 2009

campus life

Bismillahirahmanirahim....
salam pertemuan pena maya

9.1.09
jumaat

Minggu pertama ana lalui dalam sesi pengajian awal semester 2009. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Namun usaha keras dan fokus perlu ana terap dan praktikkan seawalnya memandangkan galas beban yang kian sarat.

Seawal kuliah bermula juga, mata ana sempat melilau ragam lautan manusiawi dalam zon kampus ana. Pertumbuhan sosial remaja dewasa ini membuat hati ana tergerak untuk bercerita sedikit akan perihal tersebut.

Di manakah hala tuju generasi kita?
biar diri terdidik dengan pengetahuan,ilmu dan pelajaran yang tinggi namun jiwa generasimuda kita merentasi aras sempadan yang merunruhkan norma kehidupan remaja kita. Suntikan apa yang mereka garapkan dalam diri hingga luluh mata kasar ini melihat perilaku dan peradaban anak2 remaja kini. budaya songsang jauh meresap dalam diri.

ingin ana kongsi sedikit frasa demi frsa buat santapan minda bersama :

Sudah jauh perjalanan kuharungi Meniti titi usia sendiri
Mencari apa ku pun tak pasti…
Mengungkap tirai semalam Penuh noda penuh kelam
Lisan ku kelu hatiku terbungkam Ku menyesali kesilapan silam…
Merungkai jendela hari muka
Diam-diam hatiku berdoa Memohon petunjuk dari Yang Esa Agar bahagia hakiki bakal ku jumpa…
Merenung ke dalam diri
Kini kuyakin kini kupasti
Aku telah terjumpa cinta yang kucari
Cinta sejati Rabbul Izzati…
Menyingkap tabir senja
Aku insan biasa penuh alpa
Tak pernah lari dari dosa dan noda
Namun hatiku terus-terusan berdoa
Agar aku terus disini bersama cinta Yang Esa…
Menanti di sini Di perhentian yang tak pasti
Dunia yang tak pernah kumengerti Bersama harapan yang menggunung tinggi
Di alam yang kekal abadi nanti
Bahagia hakiki yang kutemui…
Semoga diriku yang kerdil ini sentiasa mendapat petunjuk dariNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sunday, January 4, 2009

AIRMATA MUSLIMAH

Bismillahirahmanirahim
maaf buat sekian yang ada..
ini mungkin pena permulaan buat ana buat kalian dalam meluah rasa yang tersirat jauh dalam ruang lingkup pemikiran ana selama ini

desakan hati yang bertalu-talu menjentik jari ana untuk lancar berpenA di alam maya ini.
akan ana kongsi bersama kalian semua segala perjalanan rencah ragam manusiawi yang ana lalui di akhir zaman ini...

cukup di sini dulu..
ana akan menyorotikalimah yang seterusnya bila ana ada kelapangan buat renungan dan muhasabah diri kita ini
salam mujahidah dari ana