15 Januari 2009
21:58pm
Kolej seri serapi
Salam,
Ana kepenatan seharian. Dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, namun berbekalkan kudrat yang ada ana gagahi diri seorang wanita yang kerdil ini untuk melaksanakan tanggungjawab ana sepanjang minggu kuliah kali ini.
Ingin ana kongsi sepintas lalu akan perjalanan ana sepanjang minggu kulian ana. Minggu ni warga kampus ana sibuk bercerita sana sini akan perjalanan Pilihan Raya Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar 2009.. ana turut tak terlepas dengan isu liar yang menjalar di kampus ana sepanjang minggu ini. Ramai calon-calon keluar dengan manisfesto masing-masing namun apa yang ingin ana pertikaikan bukan hanya manifesto yang kami inginkan dari bakal wakil suara-suara pelaja di kampus namun kami Cuma inginkan kebajikan kami sebagai siswa dan siswi terjaga.
Kebajikan yang bagaimana? Persekitaran dan kemudahan pelajar dalam menjalani pembelajaran di kampus yang selesa dan teratur. Yang di kesali kebanyakan manifesto yang dijaja hanya sekadar janji manismu dan janji tinggal janji yang hanya sekadar umpan untuk memancing undi. Itulah senario perwakilan yang kononnya ingin menjadi wakil suara siswa siswi dewasa ini. Bagaimana kemajuan pelajar mampu di sandarkan jika ini hakikatnya yang berlaku. Moga petanda dan petunjuk kemenangan calon-calon yang telah bertanding pada hari ini mampu merubah dan memacu kemajuan kepada pembaharuan kepada arus perdana siswa siswi kita.
Pada hari ini juga ana agak sedikit teruja dalam keadaan yang becampur baur tatkala ana mendapat titipan keputusan dari pihak atasan dalam memberi beban sekaligus garapan penuh harapan dan kepercayaan sekali lagi untuk ana mewakili kampus ana ke Shah Alam untuk menjalani latihan pusat sebagai persiapan sebelum menjelangnya Debat Astar di Universiti Malaya. Gentar sungguh hati ini. Meski mempunyai pengalaman yang lebih tinggi dengan pencapaian yang memberangsangkan namun ana masih di amuk rasa malu dan segan kerana apalah kemampuan ana jika di bandingkan dengan pendebat yang lebih jauh perjalanan, pencapaian dan pengalaman mereka dalam lapangan debat jika di bandingkan dengan diri ana yang masih lagi umpama kanak-kanak yang baru pandai berjalan. Alhamdulillah, syukur pada allah swt atas nikmat kelebihan yang di kurniakan kepada ana. Moga ana tidak menjadi hambaNYA yang kufur nikmat. insyaAllah.
Sebagai renungan kita bersama ana akhiri pena kali ini dengan sebuah petikan yang jadi panduan dan peringatan kepada kita :
“Di celah-celah badai kesukaran pasti ada kesenangan selepas kesusahan, pasti ada kegembiraan selepas kesedihan dan pasti ada kejayaan selepas kegagalan. Jiwa-jiwa yang gelisah akan panik menghadapi kesusahan manakala jiwa-jiwa yang senyum mengatasi kesusahan dengan mudah. Maka TERSENYUMLAH….” Dr ‘Aidh Abdullah Al Qarni
Thursday, January 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment